Powered by Blogger.

Uji Minda

Assalamualaikum adik-adik.



Setelah adik mempelajari beberapa persoalan mengenai Ibadah Puasa, cuba adik jawab soalan-soalan di bawah. Cuba adik-adik buat latihan berikut bagi melihat sama ada adik dapat memahami atau tidak apa yang telah dipelajari dalam blog ini. Kenalpasti apa yang belum di kuasai dan baca semula apa yang belum di kuasai tadi. Semoga adik-adik dapat memahami dan mempelajarinya dengan baik. InsyaAllah.









SOALAN 1





Jawab semua soalan berikut





1. Ibadat puasa termasuk dalam salah satu rukun Islam.



i. Jelaskan pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah.

ii. Bilakah puasa difardukan?

iii. Terangkan rukun-rukun puasa.

iv. Tuliskan dalil naqli kewajipan puasa.



2. Terangkan tiga syarat sah puasa.



3. Senaraikan tiga perkara sunat dan tiga perkara makruh puasa.



4. Huraikan tiga hikmat berpuasa kepada individu.





SOALAN KEDUA





Jawab semua soalan berikut.



1. Islam mengharuskan berbuka puasa kepada beberapa golongan tertentu.



i. Jelaskan tiga golongan yang diharuskan berbuka puasa.

ii. Nyatakan dua hikmah diharuskan berbuka puasa kepada golongan tertentu

iii. Terangkan maksud fidyah puasa.



2. Antara keistimewaan bulan Ramadan ialah terdapat Lailatul Qadar.



i. Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar?

ii. Terangkan dua kelebihan Lailatul Qadar



3. Allah Subhanahu Wa Taala menurunkan al-Quran dalam bulan Ramadan.



i. Kepada siapakah kitab al-Quran diturunkan?

ii. Jelaskan dua kelebihan membaca al-Quran.





SOALAN 3





Terangkan jenis-jenis puasa berikut .





i. Puasa pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha . ________________________



ii. Puasa kerana menunaikan sesuatu nazar. ________________________



iii. Puasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. ________________________



iv. Puasa sepanjang tahun. ________________________



v. Puasa pada bulan Ramadan. ________________________



vi. Puasa enam hari dalam bulan Syawal. ________________________





SOALAN 4



Tuliskan hukum bagi kenyataan yang berikut.



a. Muntah dengan sengaja. ______________



b. Merasa makanan dengan lidah. ______________



c. Berbuka dengan buah tamar/ sesuatu yang manis. _______________



d. Bersahur dan melewatkannya. _______________



e. Wiladah/ melahirkan anak. _______________



f. Tidur sepanjang hari. _______________



g. Gila walaupun sekejap ________________



h. Memperbanyak sedekah dan membaca al-Quran ________________



i. Menggosok gigi selepas gelincir matahari. _______________



j. Murtad/ keluar daripada agama Islam. _______________



k. Menyegerakan berbuka puasa setelah masu waktunya. _______________





SOALAN 5





Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul





a. Puasa bererti__________________________________diri daripada perkara-perkara

yang boleh__________________________________puasa bermula daripada terbit

_________________________________hingga terbenam matahari disertai dengan

__________________________pada malamnya.



b. ______________________ialah mengeluarkan ___________________makanan asasi

yang diberikan kepada fakir__________________________________bagi setiap hari

puasa yang ditinggalkan.



c. Terdapat_______________________________jenis puasa menurut Islam iaitu puasa

____________________________sunat,___________________________dan haram.



d. Perempuan yang_____________________________________atau menyusukan anak

kerana bimbang akan kesihatan___________________________wajib mengqada

puasanya.



e. Orang yang lewat________________________________puasa yang ditinggalkannya

hingga tiba bulan________________________________berikutnya wajib mengqada

puasa dan membayar_____________________________.





Soalan Esei:



Jawab semua soalan berikut;



  1. Puasa merupakan suatu amalan mulia yang dituntut oleh Allah SWT kita melakukannya setiap masa , terutamanya pada bulan Ramadan .


i.Cadangkan tiga cara beristiqamah dalam mengerjakan ibadat puasa?



ii.Huraikan tiga akibat buruk meninggalkan puasa?





  1. Islam memberikan ruksah kepada umatnya di dalam ibadat puasa.


i.Terangkan tiga syarat yang mengharuskan seseorang itu berbuka puasa ?



ii.Jelaskan tiga hikmah diharuskan berbuka puasa?





  1. Orang yang meninggalkan ibadat puasa perlu melakukan qada, fidyah , dan kifarah . Terangkan perbezaan antara qada ,fidyah ,dan kifarah




  1. Bulan Ramadan merupakan bulan untuk melatih diri dengan sifat-sifat ketakwaan dan kehambaan diri kepada Allah SWT.


i.Berikan pandangan anda ,mengapakah umat Islam boros berbelanja pada

ketika ini?





ii.Huraikan tiga hikmah ‘Ihyak Ramadan’terhadap individu dan

masyarakat.



Sumber Rujukan

1. Gambar dari laman web motivasi Othman.

Slide 13
http://www.osmanaffan.com/Ramadhan.htm


Tag : Uji minda
Back To Top